Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Udang Kari Panang Thai Yang Padu & Boleh Memikat Selera Sesiapa Yang Berani Cuba.

Ini Resepi Udang Kari Panang Thai Yang Padu & Boleh Memikat Selera Sesiapa Yang Berani Cuba.

Kategori: ,,
udang kari panang thai

Semenjak akhir-akhir ini, masakan Thai makin mendapat populariti. Bukan sahaja dikenali dengan aneka kerabu dan daging bakar, kari Thailand turut menjadi pilihan orang ramai.

Apa yang membuatkan resepi kari Thai berbeza dari negara lain adalah pengunaan daun limau purut dan sos ikan dalam hidangan mereka. Bagi anda yang ingin mencuba resepi kari yang mudah dan sedap, boleh lah cuba udang kari panang Thai oleh Nurul Ateekah.

Resepi Udang Kari Panang Thai

Bahan-Bahan

  • Udang
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 kotak kecil susu santan
  • Daun ketumbar (hiasan)
  • Cili merah (hiasan)
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit garam
  • 5 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar

  • 10 batang cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 2 batang akar ketumbar
  • Lengkuas 3 cm
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kacang gajus
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan
  • 1 sudu besar serbuk belacan

Cara Penyediaan

  1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi.
  2. Kisarkan sekali semua bahan kisar bersama 1/2 cawan air sehingga halus. Ketepikan.
  3.  Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi, masak sehingga pecah minyak. Masukkan udang dan gaukan. Biarkan ianya masak sebentar dan sedikit kering. udang kari panang thai udang kari panang thai udang kari panang thai
  4. Kemudian, masukkan susu santan dan gaulkan. udang kari panang thai
  5. Masukkan sos ikan dan serbuk perasa. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan sedikit pekat. udang kari panang thai udang kari panang thai
  6. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan cili merah. Siap untuk dihidang. udang kari panang thai

Memang mudah sahaja untuk menyediakan resepi istimewa ini, kan? Bagi anda ingin mencuba aneka kari yang baru, jangan lupa untuk cuba udang kari panang Thai. Tengok gambar sahaja dah terbangkit selera.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca Juga: Pernah Makan Laksa Tomyam? Lain Dari Yang Lain, Ini Dia Cara Buat Laksa Tomyam. Menarik & Sedap Sangat-Sangat!

tags: |