Ketika berkelah atau berkhemah, semua orang inginkan menu dan hidangan yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Tak cukup dengan itu, ia juga perlulah sedap dan sesuai untuk dinikmati buat seisi keluarga. Masa traveling, mana lah sempat untuk fikir pasal makanan, kan? Tapi jangan risau, terdapat pelbagai hidangan yang mudah untuk dijadikan bekal ketika traveling.
Bagi anda yang mencari hidangan yang mudah dan sedap untuk dijadikan sebagai bekal ketika di luar atau ketika berkerja, boleh lah cuba resepi vegan korean wrap yang mudah ini dari Yati Masak Apa Tu. Bahan-bahan juga mudah didapati. Nak tahu? Jom baca.
Resepi Vegan Korean Wrap Untuk Traveling
Bahan-Bahan
- Wraps
- Cendawan tiram
- Salad (dicuci bersih dan keringkan)
- Tomato (dipotong pangjang)
- Timun Jepun (dipotong panjang)
- Lobak panjang (dipotong panjang)
- Sos Korea Adabi
- Sedikit mentega
Cara Penyediaan
- Dalam kuali, letakkan mentega dan panaskan.
- Letakkan sedikit sos Korea Adabi. Jika suka rasa yang lebih pedas, tambahkan lebih banyak sos.
- Masukkan cendawan tiram. Jika anda suka cendawan lain, boleh juga gunakannya.
- Gaul sehingga sebati dan cendawan masak.
- Siap semua bolehlah disusunkan sebegini. Boleh guna dua keping wrap jika wrap anda kecil.
- Kemudian gulungkan dan siap! Boleh dipotong dua atau dimakan terus. Memang sedap.
Memang mudah sahaja untuk menyediakan korean vegan wrap ini, kan? Ia merupakan menu yang sihat dan sesuai untuk seisi keluarga. Jika anak-anak anda tak berapa gemar dengan sayuran, boleh lah try resepi ini. Mana lah tahu terus berubah selera bila mencubanya.
Selamat mencuba.
Kredit: Yati Masak Apa Tu
Baca Juga: Ini Resepi Korean Egg Toast, Makanan Street Food Korea Yang Dikenali Ramai & Mudah Untuk Disediakan.