Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Patutlah ‘Viral’, Rupanya Senang Sangat Nak Masak Nasi Ayam Thai. Ini Resepi Lengkapnya..

Patutlah ‘Viral’, Rupanya Senang Sangat Nak Masak Nasi Ayam Thai. Ini Resepi Lengkapnya..

Kategori:
Nasi Ayam Thai

Nasi ayam Thai ini hampir sama sahaja dengan nasi ayam biasa/nasi ayam hainan. Perbezaannya adalah pada sos dan juga penggunaan daun ketumbar untuk keseluruhannya.

Nak tahu bagaimana cara masak nasi ayam Thai ini? Ikuti resepi perkongsian oleh Queena Lilie di bawah. Boleh cuba buat untuk makan tenghari atau makan malam. Sesuai untuk seisi keluarga.

Patutlah ‘Viral’, Rupanya Senang Sangat Nak Masak Nasi Ayam Thai. Ini Resepi Lengkapnya..

Bahan-bahan:

  • Ayam*
  • 4 batang bahagian akar daun ketumbar (bersihkan betul-betul)*
  • Halia (dihiris besar ibu jari)*
  • 3 ulas bawang puith (dicincang)*
  • Air*
  • Garam*
  • Kiub ayam (add on)*
  • 3 pot kecil beras
  • Bawang putih & kecil
  • Butter

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam.
  2. Masukkan semua bahan betanda (*) ke dalam periuk. Rebus semua bahan sehingga ayam masak.
  3. Kemudian keluarkan ayam, letak tepi.
  4. Ambil sedikit air rebusan untuk buat sup dan untuk masak nasi nanti.
  5. Untuk sup boleh tambahkan bunga lawang dan kayu manis sikit untuk rasa lebih sedap, tambahkan juga bawang goreng.
  6. Untuk masak nasi, guna 3 pot kecil beras. Basuh bersih.
  7. Tumis bawang putih dan bawang kecil sedikit dengan menggunakan butter.
  8. Kemudian masukkan beras yang sudah dibasuh dan masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan je sekali batang ketumbar dan halia.
  9. Masukkan juga ayam tadi, letak di atas beras. (kiranya ayam dimasak 2 kali)
  10. Bila sudah masak.

Bahan sambal:

  • Bawang goreng sendiri (bukan beli siap, sebab nanti keras tiada rasa)
  • Cili padi ikut tahap kepedasan yang diingini
  • Sos thai
  • Gula perang sedikit
  • Bawang putih seulas
  • Dark + light soy sauce
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar hiris halus

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih menggunakan lesung batu.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Gaul dan tumbuk-tumbuk manja.

Bahan sambal merah:

  • 5 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sk cuka
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • 1 sk gula atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Sos tomato sikit

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dan masak seketika menggunakan api perlahan. Siap.

Kredit: Queena Lilie

tags: | |