Jom cuba buat biskut menggunakan resipi ini. Mudah sangat! 1 bancuhan untuk 2 jenis cookies yang berbeza iaitu Double Callebaut Choc Chips Cookies dan Coffee Chips Cookies.
Tak perlu susah-susah nak cuci bekas, timbang bahan-bahan banyak kali untuk buat pelbagai jenis biskut.
Yang penting dapat menjimatkan masa anda dan rasanya juga serius sedap. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun dijamin suka. Selamat mencuba!
Resipi 1 Bancuhan Untuk 2 Jenis Cookies
Bahan A:
Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.
- 250 gram Butter
- 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji)
Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Bahan B:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 2 adunan.
Cara penyediaan:
1. Double Callebaut Choc Chips Cookies
Ambil 1 adunan yang sudah dibahagi tadi, tambahkan callebaut coco powder dan coklat callebaut. Simpan dalam peti ais selama 1 jam. Kemudian scoop out bakar 170c utk 20 mins. Siap!
2. Coffee Chips Cookies
Ambil 1 adunan yang sudah dibahagi tadi, tambahkan coklat chip dan coffee chip. Simpan dalam peti ais selama 1 jam. Kemudian scoop out bakar 170c utk 20 mins. Siap!
Kredit: Ikaa Rejab