Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Antara Pencuci Mulut Yang Senang & Ringkas

Resipi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Antara Pencuci Mulut Yang Senang & Ringkas

Kategori: ,
Agar-Agar Pandan Gula Melaka

Agar-agar adalah antara menu yang paling senang dan ringkas untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Banyak yang mengolah bermacam resipi untuk agar-agar yang bermacam perisa.

Ini adalah resipi Agar-Agar Pandan Gula Melaka yang boleh dijadikan dessert untuk tetamu yang berkunjung ke rumah selepas makan berat.

Resipi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Antara Pencuci Mulut Yang Senang & Ringkas

Resipi Agar-Agar Pandan Gula Melaka ini dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya dan dikongsikan semula di Facebook Page Resepi Masakan Semudah ABC.

Agar-Agar Pandan Gula Melaka

Bahan-Bahan Bahagian Atas:

  • 400 g air
  • 250 g air pandan
  • 300 g santan (guna santa kara)
  • 10 g agar2 tali
  • 220 g gula
  • 2 biji telur (pukul sekejap)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan Bahagian Atas:

  1. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur.
  2. Kemudian masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau.
  3. Masak sampai menggelegak biar dalam 4 ke 5 minit sampai pecah antara air dan santannya.
  4. Kemudian tapis ambik warna hijau santan sahaja dan tuang ke dalam loyang, sejukkan seketika.

Bahan-Bahan Bahagian Bawah:

  • 400 g air
  • 150 g gula merah
  • 60 g santan (santan kara)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 6 g agar2 tali

Cara Penyediaan Bahagian Bawah:

  1. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur.
  2. Masukkan gula merah. Bila dah larut masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biar mendidih kemudian tapis.
    Lorekkan sedikit permukaan atas bahagian (hijau) tadi dengan sudu garfu supaya melekat elok antara bahagian atas dan bawah.
  3. Kemudian tuangkan agar-agar gula merah dan biarkan sejuk.
  4. Bila sejuk agar-agar akan nampak macam 3 layer dengan sendiri.

Agar-Agar Pandan Gula Melaka

Sedapnya agar-agar pandan gula melaka ini makan ketika ia tengah sejuk. Jadikan sebagai dessert dan hidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah anda.

Selamat Mencuba!

Kredit: Qasih Jue Aisya

Baca Juga: Azlina Ina Dipuji Netizen Tak Lokek Kongsi Ilmu, Ini Dia Resepi Kek Pandan Gula Melaka ‘Viral’ Jualannya

tags: | | | |