Ramai lagi yang tak terima gaji kerana kebanyakkan daripada mereka dapat gaji pada awal bulan. Tapi, tekak ni terasa nak minum dan makan macam-macam. Terpaksa lah fikir ‘life hack’ resipi yang rasa kaya tapi bahan-bahan murah sahaja.
Lelaki ini kongsikan resipi Air Starbuck X Blackpink, buat ramai orang rasa nak cuba kerana tengok gambar sahaja dah terliur sampai ke tulang rusuk.
Buat Sendiri Je Air Starbuck X Blackpink! Boleh Repeat & Jimat Sahaja Untuk Cuba, Tak Perlu Fikir Bila Gaji Nak Masuk
Resipi Air Starbuck X Blackpink ini dikongsikan oleh Iman Rashid yang merupakan seorang influencer foodie dan mempunyai ramai pengikut kerana resipi-resipi beliau.
Bahan-Bahan
- Susu Dutch Lady Chocolate (kotak kecil)
- Susu Dutch Lady Strawberry (kotak kecil)
- Ais
- Strawberry syrup (optional)
- Chocolate Rice
- Whipped cream
- Coklat keping (optional – hiasan)
Cara Penyediaannya
- Masukkan ais di dalam blender sebanyak mana ais yang anda inginkan.
- Masukkan separuh kota susu coklat dan satu kotak susu strawberry. Masukkan strawberry syrup tapi ianya hanya pilihan sahaja, jika tidak mahu masukkan tidak mengapa. Kisarkan.
- Seperti abang di dalam video ini mengatakan, nak nampak “riak” lagi boleh gunakan tumblr Starbuck yang anda ada. Masukkan satu sudu chocolate rice di dalam gelas dan terus letakkan air yang telah dikisar.
- Sebagai hiasan, letakkan whipped cream, strawberry syrup dan coklat keping.
@imanmulamemasak BUAT SENDIRI JAA AIR STARBUCKS X BLACKPINK NIH🤣 #foryou #blackpink #starbucks
@imanmulamemasak BUAT SENDIRI JAA AIR STARBUCKS X BLACKPINK NIH🤣 #foryou #blackpink #starbucks ♬ original sound – Iman Rashid
Mudah je kan buat Air Starbuck X Blackpink ni, guna air dutch lady dah settle semua masalah ‘craving’ anda. Selamat Mencuba!
Kredit: Iman Rashid