Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Asam Pedas Ubi Keladi, Walaupun Simple Sahaja Tapi Rasanya Terpaling Sedap!

Resipi Asam Pedas Ubi Keladi, Walaupun Simple Sahaja Tapi Rasanya Terpaling Sedap!

Kategori: ,
ASAM PEDAS UBI KELADI

Siapa yang membesar dengan lauk-lauk kampung tentu kenal dengan pokok keladi. Sering ditanam di sekitar laman rumah, orang dahulu suka mengambil batangnya dan menjadikannya lauk yang begitu menyelerakan.

Antaranya adalah hidangan asam pedas ubi keladi ini. Nampak ringkas sahaja tapi rasanya sangat sedap. Di sini kami ingin berkongsi resepi yang telah diolah oleh Norfadilah Ibrahim.

Resipi Asam Pedas Ubi Keladi, Walaupun Simple Sahaja Tapi Rasanya Terpaling Sedap!

Bahan-bahan

  • Ubi dan batang keladi (siang dan rebus dengan asam keping. Tos, buang air)
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bilis
  • Minyak masak
  • Garam
  • Asam keping
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Daun kesumASAM PEDAS UBI KELADI ASAM PEDAS UBI KELADI ASAM PEDAS UBI KELADI

Cara penyediaan

  1. Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan bilis.
  2. Kemudian, panaskan periuk dengan sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air sedikit, perasakan dengan garam, asam keping dan serbuk perasa.
  4. Masukkan ubi dan batang keladi yang telah direbus tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan daun kesum. Kacau lebih kurang dan sehingga semuanya sebati.
  6. Siap untuk dinikmati. ASAM PEDAS UBI KELADI

Dah selesai resepi asam pedas ubi keladi ini. Memang mudah sahaja, kan? Pastikan anda menyediakan ubi dan keladi seeloknya untuk mengelakkan kegatalan. Hidangan ini sangat sedap dimakan bersama lauk lain dan sepinggan nasi putih.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Norfadilah Ibrahim

Baca Juga: Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!

tags: | | |