Untuk sesiapa yang tengah mencari perapan ayam bakar sekor, pasti tak tahu nak pilih yang mana kan kerana terlalu banyak perkongsian di internet ini.
Tidak perlu risau lagi, untuk sesiapa yang inginkan resipi ini, jom kita ikuti langkah penyediaan yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh ini. Memang viral dan ramai cakap sedap!
Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Bakar Sekor, Perapan Sedap & Senang Dibuat. Cubalah!
Bahan-Bahan:
- ayam mentah 1.6kg (anggaran) dibelah tengah
- 1 labu bawang besar
- 2 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 5 sudu minyak masak
- 2 sudu cili kering kisar
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu serbuk ketumbar
- 1 sudu serbuk kunyit
- 3 sudu air
- 3 sudu gula melaka
- 1 sudu kecil garam (agak)
- 2 sudu stok ayam
Cara Penyediaan:
- Ayam yang siap dibersihkan, dicucuk-cucuk menggunakan garfu. Cucuk setiap tempat agar bahan perapan dapat diserap dengan baik.
- Kisarkan bahan perapan dalam alat pengisar sehingga halus dan lumat.
- Rasa bahan kisar kalau dah cukup setiap rasa manis dan masin boleh curah pada ayam.
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar. Perap selama 1 jam atau lebih.
- Bakar ayam menggunakan alatan yang ada di rumah. Guanakan api yang sederhana.
- Selepas lebih kurang 7/8 minit, balikkan ayam biar masak merata dan sambung bakar.
- Siap! Selamat mencuba.
Dah siap ayam bakar sekor dengan perapan yang sememangnya ngam-ngam sedap dengan rasa mantap! Yang pasti senang dibuat dan korang boleh lakukan dengan cara dan bahan yang mudah dicari.
Semoga perkongsian ayam bakar sekor ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Yayar B. Awang Noh
Baca juga: Resepi Kerabu Epal Hijau, Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan. Mana Yang Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat, Harus Try!