Hidangan ayam sememangnya banyak dan kadang-kadang kita tak tahu nak masak apa. Untuk kali ini, kami akan kongsikan resipi ayam yang lain dari lain.
Perkongsian Fatin Pauzi ini mendapat perhatian ramai oleh warganet selepas dia berkongsi resipi Ayam Masak Cili Kering Cina Muslim Style.
Rasa masam manis pedas yang sebati dan sedap memang membangkitkan selera makan. Makan dengan nasi panas-panas je sudah menggiurkan.
Resipi Ayam Masak Cili Kering Cina Muslim Style, Memang Sedap Rasa Masam Manis Pedas!
Bahan-Bahan:
- bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
- bawang putih – mayang
- lada besar 1 biji – mayang
- cili padi 3 biji – mayang
- cili kering 10 tangkai – potong kecil-kecil
- daun kari
- sos cili, sos tomato dan sos tiram
- paste asam jawa
- tepung gandum
- telur
Cara Penyediaan:
- Ayam potong kecil. Boleh potong besar untuk yang suka besar.
- Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Lepastu boleh goreng.
- Toskan minyak ayam.
- Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
- Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
- Masukkan sedikit air.
- Biarkan sedikit pekat. Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
- Bila sebati, biar sekejap dan siap!
Mudah kan cara penyediaan Ayam Masak Cili Kering Cina Muslim Style ni. Memang rangup dan power rasanya. Bolehlah makan dengan nasi panas-panas! Selamat mencuba dan merasai semuanya.
Sumber: Fatin Pauzi
Baca juga: Rahsia Resipi Sambal Nasi Berlauk Kelantan, Rasa Masam Manis Yang Sebati & Sedap