Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bila Dah Buat Resipi Ni, Semua Tetamu Berebut Nak Makan Sebab Sedap! Ini Dia Resipi Ayam Masak Kicap Butter Guna Airfryer

Bila Dah Buat Resipi Ni, Semua Tetamu Berebut Nak Makan Sebab Sedap! Ini Dia Resipi Ayam Masak Kicap Butter Guna Airfryer

Kategori: ,

Bila dah sebut masak guna airfyer, semestinyalah resipi semua yang sangat sedap kerana ia dimasak secara panggang. Dah guna airfyer, masa juga jimat dan cepat lauk ini disediakan.

Resipi Ayam Masak Kicap Butter ini hanya campak-campak sahaja bahan-bahannya dan sesuai dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah anda.

Bila Dah Buat Resipi Ni, Semua Tetamu Berebut Nak Makan Sebab Sedap! Ini Dia Resipi Ayam Masak Kicap Butter Guna Airfryer

Resipi Ayam Masak Kicap Butter ini dikongsikan oleh Sha Rini lalu dikongsikan semula di Facebook Page Resepi Sahur Untuk 30 Hari.

Ayam Masak Kicap Butter

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam
  • Bawang merah (dipotong empat)
  • Bawang holland (dipotong kasar)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • Halia (dihiris kasar)
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Cili merah besar (dihiris kasar)
  • Kicap pedas Mahrusi (2 sudu besar makan)
  • Kicap soya cair (1 sudu besar makan)
  • 15-20 gram unsalted butter
  • Carrot
  • Air

Ayam Masak Kicap Butter

Cara Penyediaannya:

  1. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam air fryer.
  2. Bakar pada suhu 200°C selama 20 hingga 25 minit.
  3. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata.
  4. Suhu dan masa mengikut jenis air fryer masing-masing

Ayam Masak Kicap Butter

Sedapnya nampak ayam masak kicap butter yang juicy dan lembut ini. Patutlah tuan rumah dan tetamu boleh berebut nak makan lauk ini. Jadi tunggu apa lagi? Selamat Mencuba!

Kredit: Sha Rini

Baca Juga: Ayam Panggang Masak Butter Honey

tags: | |