Setiap orang mempunyai cara tersendiri apabila memasak. Lauk yang sama tak semestinya cara masaknya adalah sama, pasti setiap orang mempunyai ramuan dan ‘rahsia’ masing-masing.
Menu ayam masak kicap adalah antara yang sering dinikmati orang ramai. Bagi anda yang nak cuba cara baru, boleh lah cuba resepi ayam masak kicap kering yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Sangat terkenal sehingga berjaya raih 5K lebih share dalam masa kurang dari 24 jam di Facebook!
Resipi Ayam Masak Kicap Kering
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 1 tangkai cili merah
- 1 tangkai cili hijau
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah ros
- 1 inci halia
- 3 hingga 4 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
Cara Penyediaan
- Potong kasar cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah, halia dan tumiskan sehingga naik aroma.
- Ayam dipotong kecil-kecil supaya cepat masak dan tumiskan.
- Bila ayam tampak kuning dan sedikit masak, capai kicap lemak manisdan curahkan atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
- Capai pula sos cili dan sos tomato, masukkan. Selain memberi rasa, sos-sos ini juga membantu pekatkan kicap.
- Godek sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ini kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Boleh juga letakkan bawang Holland.
- Bila dah kering, letaklah apa-apa bahan hiasan. Siap dan boleh dihidang.
Mudah sahaja untuk menyediakan ayam masak kicap kering ini, kan? Semua orang wajib mencubanya. Bagi mereka yang sudah tiada idea untuk menu tengah hari dan makan malam yang enak, jom ke dapur dan mencuba resepi ini, dijamin berpuas hati.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca Juga: Resepi Ikan Goreng Masak Taucu Yang Mudah Serta Menyelerakan. Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas!