Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Teringin Nak Makan Ayam Panggang Pasar Malam, Jom Buat Sahaja Di Rumah. Paling Senang & Boleh Makan Sampai Puas!

Teringin Nak Makan Ayam Panggang Pasar Malam, Jom Buat Sahaja Di Rumah. Paling Senang & Boleh Makan Sampai Puas!

Kategori: ,

Bila berkunjung ke pasar malam yang berhampiran dengan kawasan yang kita tinggal, bau yang pertama akan terhidu adalah ayam panggang. Paling syahdu dan rasa nak beli banyak-banyak, namun semestinya kita tak mampu nak beli banyak.

Buat sahajalah di rumah anda sendiri, ini resipi Ayam Panggang Pasar Malam yang boleh anda buat sahaja sendiri. Nak tambah sampai perut kenyang dan puas pun tidak mengapa.

Teringin Nak Makan Ayam Panggang Pasar Malam, Jom Buat Sahaja Di Rumah. Paling Senang & Boleh Makan Sampai Puas!

Resipi Ayam Panggang Pasar Malam ini dikongsikan oleh fadhlikhobin di laman media sosial beliau di TikTok. Pelbagai resipi yang menarik dikongsikan oleh beliau yang boleh diikuti bersama.

Ayam Panggang Pasar Malam Ayam Panggang Pasar Malam

Bahan-Bahan:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 senduk gula merah
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar cukup rasa
  • 3 sudu besar santan
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 3 sudu besar sos cili

Ayam Panggang Pasar Malam Ayam Panggang Pasar Malam

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bawang merah, serai, halia dan air di dalam blender. Kisarkan sehingga lumat dan selepas selesai, masukkan ke dalam periuk di atas api.
  2. Kemudian di dalam periuk tersebut, masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kunyit, gula merah dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Selepas mendidih, masukkan pula gula, garam, serbuk cukup rasa, santan dan gaulkan sebati. Masukkan pula pewarna merah untuk hasilkan warna yang lebih menarik.
  4. Kemudian, bahan-bahan yang dibuat tadi letakkan di atas ayam yang ingin dibakar. Masukkan pula sos cili dan gaulkan bersama ayam.
  5. Perapkan sehingga ia molek untuk dipanggang.

Ayam Panggang Pasar Malam Ayam Panggang Pasar Malam

Menarik betul resipi Ayam Panggang Pasar Malam ini, merah-merah buat rasa mengancam nak makan.

Selamat Mencuba!

@fadhlikhobin Ayam Panggang Versi Pasar Malam #longervideos #ayampanggang ♬ bunyi asal – Fadhli Khobin

Kredit: fadhlikhobin

Baca Juga: Hidangan Ayam Panggang Lazat, Ini Resepi Chicken Paratal Mudah & Tak Perlu Gunakan Bahan Yang Banyak Untuk Siapkan. Jom Cuba!

tags: | |