Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Betul Ke Bawang Putih Boleh Elakkan Tekanan Darah Tinggi? Wanita Ini Kongsi Resipi Bawang Putih Goreng, Hilang Rasa Bawang Tapi Rasa Kacang

Betul Ke Bawang Putih Boleh Elakkan Tekanan Darah Tinggi? Wanita Ini Kongsi Resipi Bawang Putih Goreng, Hilang Rasa Bawang Tapi Rasa Kacang

Kategori: ,

Darah tinggi adalah salah satu penyakit yang dianggap biasa untuk rakyat Malaysia tetapi sebenarnya ia adalah penyakit berbahaya yang dapat membunuh kita secara senyap. Pelbagai petua yang ada di laman web dikongsikan untuk mereka menghidapi dan bawang putih adalah salah satu sayuran yang sesuai untuk mengatasinya.

Dikatakan Resipi Bawang Putih Goreng ini tidak rasa langsung bawang putih malah rasanya seperti kacang, jadi anda tidak perlu rasa takut untuk mencuba.

Betul Ke Bawang Putih Boleh Elakkan Tekanan Darah Tinggi? Wanita Ini Kongsi Resipi Bawang Putih Goreng, Hilang Rasa Bawang Tapi Rasa Kacang

Resipi Bawang Putih Goreng ini dikongsikan oleh Fatimah Dont Care di laman media sosialnya, dan beliau mengatakan bahawa resipi ini beliau ambil inspirasi daripada salah satu influencer di Malaysia.

Bawang Putih GorengBawang Putih Goreng

Bahan-Bahan:

  • Bawang Putih
  • Madu
  • Kicap Manis
  • Secubit Garam

Bawang Putih Goreng Bawang Putih Goreng

Cara Penyediannya:

  1. Kupaskan bawang putih sebanyak mana yang anda inginkan dan basuh dengan cuci.
  2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih yang telah dikupas. Goreng sehingga garing bukan hangit!
  3. Selepas itu, panaskan kuali untuk tumiskan satu sudu madu, satu sudu kicap manis dan secubit garam.
  4. Masukkan bawang putih di dalam bahan tumisan tadi.
  5. Gaulkan sehingga ianya sebati dan sedia untuk dihidang.

Bawang Putih Goreng

Sedap pula bila tengok Bawang Putih Goreng ini, dah lah berkhasiat malah boleh dijadikan sebagai kudap-kudapan untuk makan sambil menonton televisyen.

Selamat Mencuba!

@fatimahdontcare_ Bagus tau makan bawang putih ni ! Boleh elakkan tekanan darah tinggi #bawangputih #bawangputihgoreng #garlic #friedgarlic #madu #kicap #segamat #duriankimchi #fypシ #fyp #trending #viral IB@Duriankimchi ♬ French music style, accordion, waltz – arachang

Kredit: Fatimah Dont Care

Baca Juga: Bagi Bawang Putih Kedai Eco RM2 Sebagai Hadiah Kahwin, Gelagat Keluarga Pengantin Di Acara Pembahagian Hadiah Buat Netizen Inginkan Keluarga Sporting

tags: | |