Tidak dinafikan, biskut almond london merupakan biskut lejen kegemaran ramai sehingga sekarang. Apabila digigit terasa kerangupan biskut dan kacang badam bersama coklat yang meyalut biskut.
Namun kadang-kadang jika membeli di kedai, ada yang tidak kena dengan selera. Mungkin kacang badam yang diletak dipotong dua, coklat tidak tebal dan macam-macam lagi.
Kalau nak puas hati, apa kata jom cuba buat sendiri biskut almond london di rumah mengikut selera masing-masing. Lihat sahaja resipi lengkap perkongsian oleh Saiful Nasuha di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Almond London
Bahan-bahan:
- Tepung gandum 3 cawan
- Tepung jagung 1 cawan
- Tepung beras 2 sdb
- Butter 1 buku (250g)
- Gula castor 1 cawan
- Baking soda 1sdb
- Cornflakes 1 cawan dikisar halus
- Serbuk badam 1/2 cawan
- Susu tepung 5 sdb
- Esen vanilla 1 penutup
- Minyak masak 4sdb
- Telur kuning 1
- Almond 250g (1 bungkus, bakar dahulu)
- Shortening 2sdb
- Hiasan almond nibs (bakar dahulu)
- Milk choc coins Beryls 600g
- Paper cup
Cara-cara:
- Campurkan butter, telur kuning, esen, gula castor dan kacau sebati.
- Masukkan cornflakes yang sudah dikisar halus, serbuk badam dan susu tepung. Kacau sebati.
- Masukkan tepung jagung dan baking soda.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul. Masukkan minyak masak, gaul sebati.
- Cubit sedikit adunan, letakkan almond di dalam dan uli sehingga berbentuk bujur.
- Bakar pada suhu 150 celsius selama 20 minit.
- Double boil coklat bersama shortening. Celup biskut tadi ketika coklat masih panas dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan juga almond nibs.
- Masukkan dalam chiller selama 15 minit sebelum disimpan ke dalam bekas.
- Selamat mencuba!
Kredit: Saiful Nasuha