Bagi sesiapa yang meminati air asam, pasti anda sudah mencuba pelbagai air asam yang beraneka resipinya. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan perkongsian resipi air asam bikin ketagih yang dikongsi oleh Afy Al Habibi. Rasanya memang sedap gila.
Lagi best, perkongsian ini sememangnya mendapat perhatian ramai. Semua terliur dan memang sesuai bagi mereka yang tengah diet. Masak je ikan bakar, cicah dengan air asam ni. Memang mantap!
Rugi sangat kalau korang tak cuba. Jom ikut resepi di bawah ini.
Ini Resipi Buat Air Asam Bikin Ketagih Untuk Diet, Cara Buat Paling Senang. Buat Banyak-Banyak Lepas Tu Letak Dalam Bekas!
Bahan-Bahan:
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah
- 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
- 1 sudu besar garam bukit
- 1/2 sudu besar gula perang
Cara Penyediaan:
- Sediakan bahan-bahan seperti berikut. Belah kepada dua bahan-bahan (bawang merah, bawang besar holland, tomato, bawang putih) dan bakar atas pan non stick.
- Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan (1 biji lemon, perah jusnya, asingkan biji, ambil sekali sari buah.)
- Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air). Ikut kepekatan yang diingini.
- Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
- Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Tips:
- Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan. Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
- Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
- Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Semoga perkongsian air asam bikin ketagih ni bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Afy Al Habibi
Baca juga: Resepi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!