Makanan Thailand adalah antara makanan yang digemari rakyat Malaysia kerana ianya berbeza dari yang lain. Dari pemanis mulut hinggalah ke masakan panas mereka semuanya sedap belaka kerana citarasa mereka semua jarang untuk didapati.
Kerana terlampau banyak sangat pemanis mulut dari negara mereka, ini adalah salah satu bubur yang popular di sana. Resipi Bubur Krong Krang yang hanya menggunakan tepung ubi sahaja dan berwarna warni.
Resipi Bubur Krong Krang, Pemanis Mulut Thailand Jarang Didengar & Hanya Menggunakan Tepung Ubi Kayu Sahaja
Resipi Bubur Krong Krang ini dikongsikan oleh Empunya Resepi dan dikongsikan semula oleh Diari Resepi Bonda di Facebook Page mereka.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 cawan air panas mendidih
- Acuan Kuih Siput
Acuan Kuih Siput
Nota: Kuantiti di atas ditambah sehingga adunan menjadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.
Cara Penyediaannya:
- Masukkan tepung dalam mangkuk menguli.
- Masukkan air panas mendidih, kacau sebati.
- Adunan akan melekat-lekat. Tambahkan air atau tepung ubi hingga mendapat adunan yang kenyal.
- Potong kecil adunan untuk ditekan menggunakan acuan kuih siput.
- Bila habis diterap, rebus dalam air panas.
- Toskan bila sudah terapung dan masuk dalam air sejuk.
- Sedia untuk digunakan.
Bahan-Bahan Untuk Kuah:
- 5 cawan santan
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (optional)
- 1 cawan isi kelapa muda (optional)
Nota: Ini untuk dua adunan Bubur Krong Krang
Cara Penyediaan Untuk Kuah:
- Masukkan santan bersama gula dan garam.
- Kacau hingga sekali mendidih sahaja. Sehingga gula telah larut.
- Masukkan isi kelapa.
- Masukkan Krong Krang.
- Tabur bijan dan siap.
Terus sejuk tekak kalau makan bubur krong krang ni, boleh dihidangkan untuk apa-apa jenis kenduri di rumah nanti. Bermacam warna pula tu kalau dibuat, terus menjadi tarikan orang untuk makan bubur ini.
Selamat Mencuba!
Kredit: Empunya Resepi
Baca Juga: Resepi Turun Temurun Nenek Moyang, Ini Dia Manisan Tradisi Bubur Merah Putih Yang Paling Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba!