Pelbagai inovasi resipi ramen yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan lagi sedap dan semestinyalah cheese yang menjadi bahan utama. Ramen samyang ini sangat popular di Malaysia tapi sangat bahaya kalau dimakan selalu.
Resipi Cili Padi Cheesy Ramen ini antara salah satu resipi ramen yang sangat padu yang buat anda tertampar kerana pedas.
Nak Rasa Tertampar Dengan Kepedasan Ramen Samyang? Ini Dia Resipi Inovasi Baru Iaitu Resipi Cili Padi Cheesy Ramen, Anda Akan Terduduk Dengan Kepedasan!
Resipi Cili Padi Cheesy Ramen ini dikongsikan oleh mrafiqrahim93 di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau merupakan seorang influencer yang popular dan banyak resipi yang dikongsikan oleh beliau.
Bahan-Bahan:
- Cili padi
- Sosej
- Ramen samyang
- Susu segar full cream (HL)
- Cheese slice
- Olive oil
Cara Penyediaannya:
- Rebuskan ramen (1paket) sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Tuangkan olive oil, masukkan 2 batang sosej yang telah dipotong nipis. Gaulkan.
- Kemudian, tuangkan 1 cawan susu full cream dan gaulkan.
- Selepas itu, Masukkan ramen bersama sos perencah ramen dan gaulkan sehingga masak.
- Masukkan cili padi yang dipotong dan kacau.
- Letakkan 2 keping cheese dan tutup dengan penutup kuali dan biarkan masak sekejap.
- Selepas masak, angkat penutup dan gaul hingga rata.
@mrafiqrahim93 Share with me?🍜 #fyp #foryou #FoodFestOnTikTok #MakanLokal #foryoupage #TikTokChef #tiktokfood #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokmy #recipesoftiktok • 🍽Resipi: 1. Rebuskan ramen (1 pek) sehingga masak. Angkat & toskan. 2.Tuangkan olive oil, masukkan sosej (2) yang dipotong nipis. Stir try sekejap. 3.Tuangkan susu (1 cawan) & gaul. 4.Masukkan ramen bersama sos perencah ramen (1 paket). Gaul & biarkan masak. 5.Masukkan cili padi potong. Gaul. 6.Letakkan cheese (2 keping). Tutup dengan penutup kuali, biarkan masak sekejap. 7.Angkat penutup, gaul rata. 8.Jeng, Jeng, Jeng…It’s Done!
@mrafiqrahim93 Share with me?🍜 #fyp #foryou #FoodFestOnTikTok #MakanLokal #foryoupage #TikTokChef #tiktokfood #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokmy #recipesoftiktok ♬ original sound – Afiq Rahim
Cili Padi Cheesy Ramen ini sangat sedap dimakan semasa panas-panas unutk menikmati kepedasannya. Rugi kalau tak cuba di rumah!
Selamat Mencuba!
Kredit: mrafiqrahim93