Makanan dari Thailand menghasilkan aromatik yang kuat dan sangat sedap. Kebanyakkan makanan daripada negera Thailand ini pedas namun ia seimbang dengan rasa-rasa yang lain. Antaranya adalah pedas, masan, manis, masin, dan pahit.
Ini adalah salah satu resipi istimewa dari negara Thailand iaitu Resipi Daging Goreng Ala Thai. Mudah sahaja!
Daging Yang Juicy, Manis & Sedap Cicah Sos Thai, Ini Resipi Daging Goreng Ala Thai! Tak Perlu Pergi Thailand, Boleh Buat Sahaja Di Rumah
Resipi Daging Goreng Ala Thai ini dikongsikan oleh Ziema Deqma, lalu dikongsikan semula oleh Facebook Page Resepi Santai.
Bahan Daging:
- 1/2 kg daging (dihiris nipis)
Bahan A:
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 4 biji bawng merah (dihiris nipis)
- 1 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk halus)
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Bahan B:
- 2 sudu besar Nampla (sos ikan)
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah jika nak pedas)
Bahan C:
- Gula – secukup rasa
- Garam – secukup rasa
- 1 sudu besar lime jus @ air limau nipis
- 1 sudu besar beras (disangai atau goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
- 1 biji bawang besar (dihiris halus )
- Daun ketumbar (dihiris)
Cara Penyediaannya:
- Daging lembu dibersihkan, toskan air. Lalu, masukkan ke dalam kuali dan rebus sehingga lembut dan kering air. Kemudian, ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.
- Masukkan daging yang dah siap rebus tadi.
- Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.
- Akhir sekali, masukkan bahan-bahan C.
Senang tapi banyak bahan-bahan yang akan digunakan untuk hasilkan daging goreng ala thai ini. Tapi, boleh buat jika anda terlampau craving dengan makanan Thailand. Selamat Mencuba!
Kredit: Ziema Deqma
Baca Juga: Bahan Penyedap Kedai Makan Thailand, Semua Ni Wajib Ada Di Dapur Korang!