Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Gulai Kunyit Telur Cara Orang Pantai Timur, Guna Cuka Supaya Telur Masak Cantik & Tak Pecah

Resipi Gulai Kunyit Telur Cara Orang Pantai Timur, Guna Cuka Supaya Telur Masak Cantik & Tak Pecah

Kategori: ,
Gulai Kunyit Telur

Sesiapa yang gemarkan hidangan gulai telur, sememangnya perkongsian ini akan membawa pembaca kepada hidangan yang sedap dan mantap rasanya.

Biasanya kita menggunakan telur itik untuk memasak gulai. Tetapi, jika korang mahu gunakan telur ayam pun boleh. Tetap sedap dan pekat kuahnya.

Nak tahu bagaimana tip untuk masak sedap? Jom kita ikuti perkongsian Afitsa Fahmy ini tentang bagaimana dia berkongsi masak – Gulai Kunyit Telur Ayam cara orang Pantai Timur.

Resipi Gulai Kunyit Telur Cara Orang Pantai Timur, Guna Cuka Supaya Telur Masak Cantik & Tak Pecah

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 200 ml santan
  • Asam keping
  • 1 batang serai dititik
  • Tomato/cili hijau

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 inci kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar cili boh

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air bersama santan. Didihkan sebentar.
  3. Masukkan serai dan asam keping.
  4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Biarkan didih dengan api sederhana.
  5. Boleh pecahkan telur satu persatu. Perlahankan api. Kacau sedikit sahaja untuk elak telur pecah.
  6. Bila telur dah masak boleh masukkan tomato dan cili hijau. Siap! Gulai Kunyit Telur

Tip Telur Cantik Tak Pecah Dalam Gulai

  1. Jika bimbang telur pecah bila dimasukkan terus – boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
  2. Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka.
  3. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur.

Semoga perkongsian Gulai Kunyit Telur ini bermanfaat. Selamat mencuba buat semua.

Sumber: Afitsa Fahmy

Baca juga: Resipi Capati Guna Tepung Gandum Je! Paling Mudah Juga Sedap! Makan Dengan Sambal & Kari

tags: | |