Resipi Unik Ikan Bilis Masak Asam, Memang Sedap! Cara Buat Pun Senang Sangat

Ikan bilis merupakan antara lauk yang menjadi hidangan ringkas tetapi sedap dan menyelerakan.
Jadi untuk kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu hidangan ikan bilis – Ikan Bilis Masak Asam yang begitu senang dimasak, dan dalam masa yang sama enak rasanya.
Resipi Unik Ikan Bilis Masak Asam, Memang Sedap! Cara Buat Pun Senang Sangat
Bahan-bahan:
- ikan bilis
- bawang besar dihiris
- bawang putih dihiris
- halia-dihirs
- cili padi diketuk
- air asam jawa
- garam & gula
- minyak untuk goreng
Cara Penyediaan:
- Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.
- Kemudian curahkan air asam jawa. Selepas mendidih baru masukkan perasa. Saya masukkan garam, gula dan perasa.
- Kemudian masukkan ikan bilis tadi, gaul rata. Boleh juga tambah lagi hirisan bawang agar lebih manis. Tutup api.

Siap! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.
Nota tambahan: Lauk Ikan Bilis Masak Asam ini jika dimakan selepas dimasak, ikan bilis masih rangup. Kesedapan juga bergantung kepada kualiti ikan bilis dan rasa masam, masin dan manisnya.
Selamat mencuba dan menikmati. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Nor Hayati Bakar
Baca juga: Letak ‘Bahan Istimewa’ Ni, Sambal Nasi Lemak Terus Jadi Sedap Sangat! Kena Letak Masa Kisar Bawang!
