Ikan kerapu merupakan salah satu jenis ikan yang popular di Malaysia. Ikan kerapu ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Daging ikan kerapu ini mempunyai tekstur yang sangat empuk dengan rasa yang lazat. Ikan kerapu masak masam manis adalah salah satu resipi yang popular.
Ikan kerapu ini mempunyai zat yang tinggi dan bermanfaat kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pertumbuhan mahupun orang dewasa. Harga ikan kerapu ini juga sangat tinggi berasaskan saiz ikan tersebut.
Peminat Ikan Kerapu Sila Hadir! Ini Dia Resipi Ikan Kerapu Masak Masam Manis Yang Popular Di Malaysia
Resipi ikan masak masam manis ini telah dikongsikan oleh Puan Azie Kitchen dengan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati.
Bahan-bahan
Bahan kisar
-
3 biji bawang merah
-
2 ulas bawang putih
Bahan sayur-sayuran
-
¼ batang timun
-
¼ batang carrot
-
½ biji tomato
-
1 biji bawang besar
-
Sedikit nenas – dadu
-
Daun limau purut
Cara penyediaan
- Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
- Sebelum digoreng, tabur ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga masak dan permukaan ikan agak garing, angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah ditumbuk tadi, sehingga terbit minyak. Masukkan jus lemon dan semua sos.
-
Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula.
- Akhir sekali masukkan bahan sayuran dan masak sehingga sayuran tadi agak layu, angkat dan curahkan di atas ikan yang siap digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Nota: Sangat sesuai dijadikan menu masakan pengantin.
Mudah saja rupanya nak buat ikan kerapu masak masam manis ni, ingatkan susah! Rasa dia memang diyakini sedap. Bagi peminat makanan laut bolehla cuba resipi ini.
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat untuk semua.
Selamat mencuba!