Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Resipi Ikan Masak Bawang Asam, Hidangan Ringkas Dengan Rasa Memukau

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ikan Masak Bawang Asam, Hidangan Ringkas Dengan Rasa Memukau

Kategori: ,
ikan masak bawang asam

Bagi yang ingin mencuba masakan ikan yang sedap dengan cara yang ringkas, korang boleh masak Ikan Masak Bawang Asam yang enak ini.

Rasanya memang sedikit lain daripada masak sambal biasa. Memang tak sedar makan berpinggan-pinggan.

Jom kita masak bersama Min!

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ikan Masak Bawang Asam, Hidangan Ringkas Dengan Rasa Memukau

ikan masak bawang asam

Bahan-Bahannya:

  • 7-10 ekor ikan kembung atau selar atau sardin. Terpulang.
  • 2-3 biji tomato separa masak
  • 3 tanglai daun kari
  • 5 biji bawang merah India
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 sudu besar halba campurr – jintan manis, halba, biji sawi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili hijau besar
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • garam

Bahan Untuk Menggoreng

  • 2 susu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan. ikan masak bawang asam
  2. Goreng dalam minyak yang panas. ikan masak bawang asam
  3. Angkat dan ketepikan. ikan masak bawang asam
  4. Guna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Gunakan sediikit minyak sahaja. ikan masak bawang asam
  5. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sampai layu sedikit. ikan masak bawang asam
  6. Masukkan halba campur. Tumis lagi. ikan masak bawang asam
  7. Masukkan sesenduk cili kering kisar. ikan masak bawang asam
  8. Masukkan pes asam jawa. ikan masak bawang asam
  9. Kalau pekat sangat, masukkan sedikit air. ikan masak bawang asam
  10. Masukkan garam dan gula secukup rasa. ikan masak bawang asam
  11. Apabila sudah pecah minyak, masuukan ikan goreng tadi. ikan masak bawang asam
  12. Balik-balikkan ikan dan boleh dihidangkan.

Siap sudah Ikan Masak Bawang Asam. Boleh lah hidangkan dengan nasi panas-panas ya. Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Ini Cara Buat Ayam Grill Chicken Rasa Macam GCB McD, 3 Kali Buat Dah Memang Sedap Sampai Menjilat Jari! Korang Kena Cuba

tags: