Ada sesetengah orang, apabila makan roti kosong, bahagian tepi roti yang berwarna coklat akan dibuang kerana inginkan bahagian roti putih lembut sahaja.
Oleh itu, Norhayati Hashim berkongsi resipi ciptaannya menggunakan lebihan roti untuk membuat hidangan lain agar tidak membazir. Boleh buat sarapan dan ternyata memang sedap!
Jom ikuti perkongsian resipi Jejari Ritu Bersalut Tepung Bestari ini!
Wanita Ini Kongsi Resipi Jejari Roti Bersalut Tepung Bestari, Tak Sangka Sedap & Rangup Bila Cicah Dengan Sos. Cubalah!
Bahan-Bahan:
- Tepung Bestari – boleh ikut suka mahukan yang original, spicy atau blackpepper
- Roti Gardenia – potong roti jadi jejari
Cara Penyediaan:
- Buat bancuhan tepung basah dan kering. Asingkan. 2 bekas tepung – 1 basah dan 1 kering.
- Kalau guna Tepung Bestari, telur tak perlu tambah. Dah cukup semua dalam tepung tu. Garam perasa bagai pun tak perlu.
- Masukkan roti dalam tepung basah, salut-salut bagi sebati. Letak pula tepung kering, gaul-gaul rata biar semua roti kena.
- Goreng lah! Sampai warna brown. Angkat, tos minyak pada tisu dapur tu.
- Boleh makan bersama sos dan mayo! Sememang sedap, rangup dengan krup krap.
Haaa senang kan cara buat Jejari Roti Bersalut Tepung Bestari ni. Barulah tak berlaku pembaziran roti. Memang sedap inovasi makanan yang dibuat ni.
Bukan setakat sedap, senang je nak buat. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Norhayati Hashim
Baca juga: Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi