Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » none » Resipi Jeli Rambutan Yang Menyegarkan! Makan Sejuk Sejuk Memang Mantap!

Resipi Jeli Rambutan Yang Menyegarkan! Makan Sejuk Sejuk Memang Mantap!

Kategori:
resipi jeli rambutan

Rambutan adalah antara buah-buahan yang segar apabila dimakan apatah lagi jika buah rambutan itu dikupas dan dimasukkan ke dalam peti.

Sememangnya sedap dimakan sejuk-sejuk.

Jadi, kali ini, Daily Makan ingin berkongsi resipi Jeli Rambutan yang dikongsi oleh Normah Bahari ini yang sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resipi Jeli Rambutan Yang Menyegarkan! Makan Sejuk Sejuk Memang Mantap!

Bahan-bahan:

  • 1 kg buah rambutan – dikupas, dibuang biji
  • 20 biji buah rambutan – ambil isi dan hiris panjang
  • 20 gram agar-agar
  • 10 cawan air (kalau suka lembut tambah air)
  • 10 sudu gula (boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 3 helai daun pandan  resipi jeli rambutan

Cara penyediaan:

  1. Rebus rambutan yang dibuang biji dengan 10 cawan air. Masak dengan api sedeerhana dalam 20 minit.
  2. Kemudian keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat pajeri atau gulai atau masak lemak cili padi.
  3. Masak daun pandan dan agar-agar dalam air rebusan rambutan tadi. Bila agar-agar sudah hancur, masukkan gula.
  4. Selepas mendidih lagi sekali, tutup api. Tapis dan terung tuang dalam cawan.
  5. Masukkan hirisan buah rambutan ke dalam cawan tadi.  resipi jeli rambutan

Siap sudah pemanis mulut jeli rambutan kita! Memang sedap! Semoga resipi jeli rambutan ini bermanfaat buat para pembaca. Selamat mencuba.

Sumber: Normah Bahari via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Masak Nasi Goreng Cina Versi Sama Macam Kedai. Sedap & Rasa Memang Sangat Power!

tags: