Sebelum ini, pernah viral pada bulan Ramadhan kurma makan bersama butter dan dikatakan ianya dapat ‘boost’kan tenaga. Tapi, mesti ada yang tidak boleh makan begitu sahaja kurma kerana rasanya tidak kena dengan tekak mereka. Wanita ini kongsikan Resipi Jus Susu Kismis & Kurma yang sesuai untuk diminum ibu mengandung untuk hasilkan HB cantik. Mesti jururawat puji dan tak belbel kepada anda.
Minuman Sesuai Untuk Ibu Mengandung Nak Bagi HB Cantik, Resipi Jus Susu Kismis & Kurma Yang Sihat & Tingkatkan Tenaga Anda
Resipi Jus Susu Kismis & Kurma ini dikongsikan oleh granoilahq di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau kongsikan tips ini terutama sekali untuk para ibu mengandung.
Bahan-Bahan:
- Kismis
- Kurma
- Gajus
- Susu Full Cream
- Air batu
Cara Penyediaannya:
- Sediakan blender untuk kisarkan bahan untuk hasilkan jus.
- Masukkan kismis, kurma dan gajus kuantiti mengikut yang anda mahukan.
- Selepas itu, masukkan susu full cream. Kisarkan.
- Selepas selesai, letakkan ais di dalam gelas dan masukkan air yang telah dikisar.
Semoga ibu mengandung untuk sentiasa sihat dan diberi tenaga yang kuat perjalanan berbadan dua. Semoga resipi Jus Susu Kismis & Kurma ini dapat membantu anda, amin.
Kredit: granoilahq
Baca Juga: Resipi Nasi Bukhori Pernah Viral Pada Waktu PKP Dahulu, Makanan Kebangsaan Negara Afghanistan