Nasi Bukhori atau nama saintifik lainnya adalah Nasi Afghan adalah antara menu yang viral ketika waktu PKP dahulu. Mempunyai nasi kukus yang dicampur dengan kismis, lobak merah dan paling sedap sekali adalah Kambing.
Tak lain tak bukan Nasi Bukhori ini berasal daripada Negara Afghanistan dan ini adalah makanan kebangsaan mereka iaitu Nasi Bukhori.
Resipi Nasi Bukhori Pernah Viral Pada Waktu PKP Dahulu, Makanan Kebangsaan Negara Afghanistan
Resipi Nasi Bukhori ini dikongsikan oleh Rizal KingRiz di laman media sosial beliau di Facebook Profilnya sendiri. Beliau kongsikan masakan ini pada tahun 2020 ketika Negara Malaysia di dalam tempoh kuarantin ketika itu.
Bahan-Bahan Nasi:
- 3 cawan beras
- 3 cawan air
- 4 ketul ayam
- 1 biji bawang besar
- 1/2 paket rempah bukhori Faiza
- 2 sudu besar minyak sapi
- 1/2 sudu besar garam
Cara Penyediaan Nasi:
- Panaskan minyak sapi.
- Tumis bawang besar.
- Masukkan rempah bukhori yang telah dibancuh.
- Diikuti dengan beras dan ayam.
- Masukkan air dan masak dengan menggunakan program rice untuk pressure cooker.
- Atau boleh juga masak secara manual sehingga nasi masak.
Bahan-Bahan Sos Harrah:
- 1 biji lemon (ambil jus)
- 1 biji tomato
- 4 biji cili padi
- 3 tangkai daun ketumbar
- 1 biji bawang besar
Cara Penyediaan Sos Harrah:
- Masukkan ke dalam blender ikut turutan 1-5.
- Blend kesemuanya menjadi sos.
Sedapnya, tengok dekat gambar pun dah terliur apatah lagi kalau bau-bau kat depan. Senang tak agak-agak buat Nasi Bukhori ni?
Kalau senang, anda boleh cuba hidangkan kepada tetamu yang ingin berkunjung ke rumah anda.
Selamat Mencuba!
Kredit: Rizal KingRiz
Baca Juga: “4 Tahun Berniaga Kali Pertama Nasi Arab Basi,” Peniaga Sedih Rugi Berkilo Beras, Tak Tahu Apa Punca