Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Kek Cheese Gebu Lembut Guna 3 Bahan Sahaja. Rasa Creamy & Cair Dalam Mulut

Resipi Kek Cheese Gebu Lembut Guna 3 Bahan Sahaja. Rasa Creamy & Cair Dalam Mulut

Kategori: ,
kek cheese gebu lembut guna 3 bahan

Pasti ada di antara kita yang sudahpun mencari resipi buat hidangan raya kan? Kali ini, kami ingin kongsikan resipi kek yang semudah ABC cara penyediaannya. Memang senang nak buat sebab guna 3 bahan sahaja.

Paling best, bukan setakat senang, tetapi gebu dan lembut tau. Jom ikuti perkongsian resipi kek cheese gebu lembut guna 3 bahan oleh Nurul Ain Ridzwan ni.

Resipi Kek Cheese Gebu Lembut Guna 3 Bahan Sahaja. Rasa Creamy & Cair Dalam Mulut

Bahan-Bahan:

  • 120 gram Tatura Cream Cheese
  • 120 gram Susu Pekat maanis
  • 3 Biji Telur Gred B kek cheese gebu lembut guna 3 bahan

Cara Penyediaan:

  1. Pukul cream cheese dan susu pekat.
  2. Mula-mula pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul guna mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
  3. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
  4. Asingkan telur putih dan pukul. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
  5. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang ttelah dipukul bersama susu pekat tadi.
  6. Campurkan semua bahan. Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan sahaja guna senduk.
  7. Tuang dalam loyang. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
  8. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
  9. Letak air dalam loyang bawah,, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air itu akan mendidih.
  10. Cara bakar secara ‘waterbath’. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  11. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya attau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga,, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
  12. Sejukkan bila dah masak. Biarkan 15 minit daalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
  13. Topping, akhir sekali boleh letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
  14. Yang inni saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
  15. Memang gebu dan lembut. kek cheese gebu lembut guna 3 bahan kek cheese gebu lembut guna 3 bahan kek cheese gebu lembut guna 3 bahan

Dah siap kek cheese gebu lembut guna 3 bahan! Beginilah hasilnya. Memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atasm terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat. Boleh sesuaikan ikut selera anda, nak letak buah-buah pun boleh.

Sumber: Nurul Ain Ridzwan

Baca juga: Resipi Cucur Kentang Sesuai Buat Moreh, Rangup & Sedap Makan Cicah Dengan Sos Cili

tags: | |