Walaupun raya 21 hari lagi, tapi para ibu sudah sibuk untuk memikirkan hidangan apa yang sesuai untuk dimasak di pagi hari raya. Paling penting, pemanis mulut main peranan penting untuk dihidangkan.
Kek Kukus Batu Marmar ini sangat sesuai untuk dihidangkan dan kek ini seperti kek batik Sarawak sedikit kerana ianya sangat lembut dan tidak mudah rosak apabila disimpan di peti sejuk.
Resipi Kek Kukus Batu Marmar ini dikongsikan oleh Jamayah Bujang lalu dikongsikan semula di Facebook Page Planet Oven Sue.
Nota: Bahagikan kepada dua bahagian
Campurkan adunan dengan milo, coklat cadbury (yang sudah dicairkan) dan browning. Gaul rata.
Campur adunan dengan susu tepung. Bahagikan lagi kepada 3 bahagian, dibagi warna merah, hijau, dan kuning. Kukus berasingan setiap warna. Bila ketiga -tiga sudah masak, potong dadu.
Akhir sekali, letakkan separuh adunan A dalam loyang dan susun rawak bahagian B dan ulang proses.
Letak Kek Kukus Batu Marmar dalam peti sejuk masa malam raya, terus makan pagi raya mesti rasa sedap gila! Walaupun resipi kek ini agak rumit tapi hasilnya sangat menarik.
Selamat Mencuba!
Kredit: Jamayah Bujang
Baca Juga: Resepi Kek Kukus Labu, Gerenti Lembut & Gebu Bila Dimakan. Satu Slice Tak Akan Puas!