Kek Span sememangnya mempunyai tekstur yang gebu dan menarik. Bukan sahaja rasanya yang enak, tetapi cara penyediaannya juga senang.
Kali ini, kami ingin kongsikan resipi Kek Span Vanilla & Buttercream yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin ini. Memang semudah ABC sahaja. Jom cuba!
Ini Resipi Kek Span Vanilla & Buttercream Gebu, Senang Nak Buat Ikut Cara Ni
Bahan-Bahan Kek Span Vanilla:
- 300 gram marjerin
- 300 gram gula kastor
- 6 biji telur
- 320 gram tepung naik sendiri
- 1 sudu besar esen vanilla
- 230 ml @ 3/4 cawan susu dan air
Cara Penyediaan:
- Masukkan gula dan marjerin. Pukul hingga gebu putih.
- Dah gebu, masukkan telur 1 per 1.
- Seterusnya, masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
- Masukkan tepung berselang selikan susu dan air.
- Berselang seli dengan tepung hingga habis tepung dan susu.
- Siap untuk dibakar. Dan selepas itu boleh hidang.
Bahan-Bahan Buttercream:
- 500 gram marjerin jenama Pelangi.
- 300 gram gula aising (diayak)
- 2 sudu besar esen vanilla
Cara Penyediaan:
- Mixerkan semua hingga gebu dan tidak kelihatan tekstur gula aising. Siap!
Senang kan cara buat Kek Span Vanilla & Buttercream ni! Bolehlah hidang ketika majlis atau mana-mana perayaan. Memang sedap dan gebu.
Semoga dapat beri kegembiraan kepada penikmatnya. Sesiapa yang nak deko Kek Span Vanilla & Buttercream sendiri, bolehlah beli alat deko daripada Noratiqah Nordin ini.
Sumber: Noratiqah Nordin
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Butter Orang Lama, Ada Cara Tersendiri Untuk Buat Kek Lagi Sedap