Dah tak lama lagi kita nak berpuasa dan selepas bulan Ramadhan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, mestilah kita akan mencuba untuk ada badan yang fit atau berat badan ideal untuk pakai baju yang cantik-cantik.
Bolehlah cuba dari awal supaya tidak menyesal di akhir bulan ramadhan. Jadi, cubalah eat clean dengan menggunakan resipi Kobis Roll ini.
Impikan Badan Fit Sebelum Raya? Ini Resipi Menu Diet Kobis Roll Yang Anda Boleh Cuba! Sesuai Untuk Berbuka Puasa Atau Sahur
Resipi Kobis Roll ini dikongsikan oleh Shamsila Abd Rahim di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.
Bahan-Bahan:
- Isi ayam
- Kobis (dicelur)
- Lobak Merah
- Brokoli
- Buah tomato
- Lada hitam (ditumbuk)
- Garam
- Minyak bijan
Cara Penyediaannya:
- Letakkan brokoli, lobak merah, isi ayam dan buah tomato di dalam satu mangkuk besar.
- Kemudian, masukkan satu sudu lada hitam yang ditumbuk di dalam mangkuk yang mempunyai bahan-bahan tadi.
- Selepas itu, masukkan sedikit garam dan gaulkan semua bahan-bahan itu.
- Kemudian, ambilkan daun kobis yang telah dicelur di atas pinggan dan masukkan ke semua bahan-bahan yang digaulkan tadi.
- Lalu ikatkan dengan tali supaya tidak terbuka roll tersebut dan kukus.
Terus menjadi resipi menu diet ini iaitu Kobis Roll dan kalau dah betul-betul nak kurus memang tak fikir apa dah. Mesti akan cuba segala jenis menu diet untuk dapatkan badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
Kredit: Shamsila Abd Rahim
Baca Juga: Sayur Brokoli Dicipta Oleh Manusia? Spesis Liar Yang Kini Jadi Penggemar Ramai