Pernah tak terfikir, macam mana orang dulu-dulu reka kuih dan hasilnya sangat sedap. Bagaimana resipi kuih tersebut boleh ‘viral’ tanpa ada akses internet dan jauh untuk di-viralkan.
Ini adalah salah satu Kuih Kaswi Pandan yang hanya menggunakan sukatan cawan. Hasilnya sangat sedap, wangi dan lembut sahaja teksturnya.
Resipi Kuih Kaswi Pandan Hanya Guna Sukatan Cawan Sahaja! Ringkas, Mudah, Cepat & Siap Dengan Sempurna
Resipi Kuih Kaswi Pandan ini dikongsikan oleh Lia Amelia dan dikongsikan semula Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 sudu kecil air kapur
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan (blend 5helai daun pandan + 1 cawan air)
- 4 cawan air
- Garam sedikit
Cara Penyediaannya:
- Pastikan pengukus sudah panas baru letak bancuhan.
- Kacau semua bahan sebati dan tapis dalam loyang. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat bancuhan tu ya.
- Loyang di-oles sedikit dengan minyak ya agar mudah nak potong nanti.
- Tapis bancuhan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit.
- Kelapa dikukus dulu bersama garam sikit untuk rasa lemak sedikit. Dah siap, boleh dipotong dan gaul bersama kelapa tadi.
Mudah rupanya nak hasilkan Kuih Kaswi Pandan ini, guna cawan pun dah siap! Para ibu bolehlah hasilkan sahaja di rumah jika rasa ‘craving’ akan kuih ini.
Selamat Mencuba!
Kredit: Lia Amelia
Baca Juga: Resipi Seri Muka Durian Yang Sedap & Mudah, Sungguh Berlemak Dan Menyelerakan!