Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Kuih Tiram Versi Pelangi Rangup, Satu Balang Tak Cukup!

Resipi Kuih Tiram Versi Pelangi Rangup, Satu Balang Tak Cukup!

Kategori: ,
Kuih tiram pelangi

Kali ini saya ingin berkongsi cara membuat Kuih Tiram Pelangi juga dikenali sebagai Kuih Lidah Buaya. Kuih ini sesuai dijadikan sebagai kudap-kudapan kerana teksturnya yang rangup.

Tapi kali ini kita buat lain sikit, kita tambahkan warna di dalam kuih itu. Nak tahu macam mana nak buat?

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat Kuih Tiram versi pelangi di bawah.

Kuih tiram pelangi

Resipi Kuih Tiram Versi Pelangi Rangup, Satu Balang Tak Cukup!

Bahan doh:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sb minyak masak
  • 2 sb majerin
  • Air
  • Garam

Bahan pelekat:

  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan tepung ubi

Cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung gandum, minyak masak, dan majerin dalam sebuah mangkuk. Tambahkan sedikit air dan garam secukupnya. Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
  2. Setelah itu, asingkan doh kepada beberapa bahagian. Anda boleh menambahkan pewarna makanan ke beberapa bahagian doh tersebut.
  3. Ambil satu bahagian doh yang tidak diwarnakan untuk dijadikan sebagai base. Lenyekkan doh tersebut sehingga menjadi leper dan sapukan bahan pelekat yang telah dicampurkan.
  4. Letakkan sebahagian doh yang telah digulung dan diwarnakan ke atas base tersebut. Kemudian, gulungkan doh itu bersama-sama.
  5. Kuih tiram pelangiPotong doh mengikut saiz yang bersesuaian.
    Kuih tiram pelangi
  6. Lenyekkan doh yang telah dipotong itu.Kuih tiram pelangi
  7. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng doh tersebut sehingga perang keemasan.Kuih tiram pelangi
  8. Setelah itu, toskan minyak dan kuih siap untuk dimakan! Kuih tiram pelangi

Kalau nak lagi sedap, tengah panas-panas lagi tu korang boleh salutkan kuih tiram pelangi ni dengan gula aising. Ini kalau makan sambil tengok tv atau bersembang, tahu-tahu habis sebalang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Sri Sal

Baca juga: Resipi Popia Simpul Isi Tauhu Sangat Mudah, Cicah Dengan Sos Cili Lebih Sedap

tags: | |