Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar Macam Nenek Buat, Memang Menggamit Kenangan

Resipi Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar Macam Nenek Buat, Memang Menggamit Kenangan

Kategori: ,
Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar

Mengimbau balik zaman 90-an dahulu, penjualan Mi Goreng yang dibungkus daripada surat khabar sememangnya menjadi pilihan ramai orang.

Bukan sahaja murah, tetapi rasanya yang begitu sedap dengan rasa air tangan mak-mak sememangnya enak dimakan. Jadi kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu resipi Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar yang sememangnya lejen.

Cara ini masih lagi dibuat tetapi sudah jarang dijumpai. Jadi kalau anda rasa teringin nak makan, bolehlah masak mi goreng dengan cara ini.

Mi Goreng Basa Bungkus Surat Khabar Tak Lokek Perencah

“Rencah dia kita letak sawi, tauge, isi ayam, taqua, telur. Kita bungkus siap dengan kertas baru datang ‘kick’ dia. Kita letak juga cabai (cili jeruk) dengan perahan limau nipis masa kita makan.Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar

Bahan-Bahan:

  • sepaket mi kuning – lalukan dengan air paip
  • isi ayam
  • air rebusan ayam
  • telur
  • sawi
  • tauge
  • bawang putih
  • bawang merah – tumbuk halus
  • cili kisar
  • sos tiram
  • sos cili
  • tauhu goreng yang dihiris
  • kicap lemak manis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar dan ketepikan.
  2. Tambah sedikit minyak pada kuali dan tumiskan bawang. Biar agak kering.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.
  4. Dah okay masukkan isi ayam dan kacau rata. Biar seketika dan masukkan sos tiram, sos cili dikacau rata.
  5. Terus masukkan air rebusan ayam biar mereneh seketika. Kepekatan kuah ikut sukatan masing-masing.
  6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih dan masukkan tauhu serta telur.
  7. Akhir sekali, masukkan mi dan kacau rata. Bubuh sawi dan tauge kacau rata. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar

Siap sudah Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar. Boleh siap bungkus dalam plastik serta surat khabar untuk dapat feel dia tu. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati.

Sumber: Emee Sham

Baca juga: Cara Buat Ayam Bakar Madu Ala Pasar Malam, Guna 4 Bahan Sahaja!

tags: | |