Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori

Kategori: ,

Nasi goreng sememangnya ada pelbagai jenis. Antaranya adalah nasi goreng yang dimasak dengan cara kampung, Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk.

Apabila nasi goreng ni sampai ke mulut, memang bersuap-suap lah jawabnya. Sedap dan menggamit memori.

Jom ikuti perkongsian Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk daripada Aisha Shukor ini. Memang best dan menarik.

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori

Bahan-bahan:

  • cilli api hijau besar – 10 biji
  • bawang besar – 2 biji
  • bawang putih 5 ulas
  • ikan bilis
  • isi ayam
  • telur
  • nasi sejuk diramas
  • bunga kantan sekuntum
  • kacang panjang

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk cili api, bawang besar dan bawang putih.
  2. Bila dah hancur kasar-kasar, masukkan ikan bilis dan pecah-pecahkan.
  3. Siap hiris bunga kantan tu halus-halus dan kacang panjang macam dalam gambar.
  4. Panaskan minyak dan goreng telur mata.
  5. Goreng isi ayam dalam seminit, ketepikan.
  6. Tumis bahan tumbuk tadi sampai garing.
  7. Pecahkan telur, biaar mengeras jangan kacau dan masuk bunga kantan dan kacang panjang.
  8. Masuk nasi sejuk yaang dah diramas.
  9. Garam secukup rasa dan goreng 3 minit siap!

Siap sudah hidangan lazat ini. Semoga bermanfaat bagi semua. Selamat mencuba dan menjamu selera. Sekali pekena nasi goreng ni, pasti akan masak lagi.

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pati Lemon, Sangat Bagus Untuk Sejukkan Badan

tags: | |