Khairul Aming merupakan ‘influencer’ paling popular dalam Malaysia dan berpengaruh. Beliau juga mempunyai produk beliau sendiri iaitu Sambal Nyet Berapi yang laku setiap masa dan sentiasa ‘sold out’.
Jadi, beliau juga ada berkongsi Resipi Nasi Goreng Nyet yang dihasilkan sendiri oleh beliau dan semestinya akan rasa pedas menyengat.
Khairul Aming Kongsi Resipi Nasi Goreng Nyet, Rasa Pedas Menyengat Tapi Nak Tambah Lagi
Resipi Nasi Goreng Nyet ini dikongsikan sendiri oleh tuan produk ini iaitu Khairul Aming di laman media sosialnya TikTok.
Bahan-Bahan:
- Ikan Bilis
- 1 biji Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- Satu Bungkus Nasi Putih
- 1 1/2 sudu Sambal Nyet Berapi
- Kicap Manis
- 1 biji telur
Cara Penyediaannya:
- Gorengkan ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
- Kemudian tumiskan 1 biji bawang merah yang telah dihiris dan bawang putih sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan satu bungkus nasi putih seperti apa yang dikatakan oleh Khairul Aming di mana beliau beli di Kedai Tomyam.
- Kemudian, beliau masukkan 1 1/2 sudu Sambal Nyet Berapi di dalam nasi yang sedang digoreng itu. Tahap kepedasan di atas tekak anda sendiri.
- Masukkan kicap manis dan gaulkan serata.
- Kemudian, letakkan 1 biji telur di atas nasi yang digoreng itu dan taburkan ikan bilis goreng di atas nasi.
Dah siap, mudah rupanya nak buat Nasi Goreng Nyet Khairul Aming ini. Terutama sekali untuk penggemar yang anti dengan sayur.
Selamat Mencuba!
Kredit: Khairul Aming
Baca Juga: Cara Dapatkan Sambal Nasi Lemak Warna Merah Cantik, Yang Penting Pekat & Sedap!