Walaupun sekarang Malaysia mempunyai perubahan cuaca yang tidak dapat dijangka, begitu juga tekak kita. Kadang-kadang nak makan benda pedas, nak makan kuih, nak makan fast food dan bermacam lagi.
Jadi kali ini, ini kongsian resipi yang boleh ubah craving anda dengan tiba-tiba iaitu Resipi Oyster Mee Sua Halal Version sebab anda sendiri yang masakkan.
Cuba Resipi Baharu, Resipi Oyster Mee Sua Halal Version! Makan Panas Pada Waktu Hujan, Antara Pilihan Yang Terbaik
Resipi Oyster Mee Sua ini dikongsikan oleh Hongsteezz, seorang pemuda bangsa Cina yang kongsikan di laman media sosial beliau di TikTok. Pelbagai resipi yang dikongsikan oleh beliau dan semuanya sedap-sedap belaka.
Bahan-Bahan:
- Dada ayam
- Sotong kering
- Lada putih
- Garam
- Gula
- Light soy sauce
- Mee sua
- Bawang merah goreng
- Bancuhan tepung jagung
- Daun ketumbar
- Kerang (kulit telah dikupas)
- Sos cili
- Cuka hitam
Cara Penyediaannya:
- Rebuskan dada ayam di dalam air yang mendidih. Selepas selesai, ketepikan.
- Di dalam periuk air yang sama, masukkan sotong kering, lada putih, garam, gula, light soy sauce. Gaulkan sehingga warna perang sedikit.
- Kemudian, masukkan mee sua ke dalam periuk sehingga lembut.
- Selepas selesai, masukkan bawang goreng dan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk.
- Kemudian, selepas kuah menjadi pekat. Dada ayam yang telah direbus, carikkan sedikit demi sedikit ayam yang direbus.
- Letakkan mee suah di dalam mangkuk, hiaskan ayam, bawang putih yang dipotong dadu, daun ketumbar dan isi kerang di atas hidangan.
@hongteezzz Easy oyster mee sua ! #tiktokfood #foodtiktok #foodasmr #fyp #fypシ #foodie #asmr #oyster
@hongteezzz Easy oyster mee sua ! #tiktokfood #foodtiktok #foodasmr #fyp #fypシ #foodie #asmr #oyster ♬ Cool With You – NewJeans
Sedapnya Oyster Mee Sua ni, rasa nak buat terus bila tengok gambar yang dikongsikan!
Selamat Mencuba semua.
Kredit: Hongsteezz
Baca Juga: Musim Hujan Sejuk-Sejuk Lapar, Apa Kata Kita Masak Mee Suah Panas-Panas Makan Depan TV!