Popia merupakan antara makanan yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan popia ini pelbagai aneka makanan yang boleh kita sediakan. Nak buat popia pusing, popia berinti sayur atau pun popia carbonara pun boleh. Makanan seperti ini sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Sama ada pagi, petang atau pun malam.
Nak lebih kenyang dan sedap, mungkin anda boleh cuba buat popia carbonara ini. Caranya sangatlah mudah. Hanya menggunakan sos carbonara berjenama Prego dan beberapa lagi bahan lama. Bila masak nanti, anda boleh rasai sendiri kesedapannya.
Sangat mudah kan nak menyediakan popia carbonara ini? Bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Tapi yang penting kalau nak lebih sedap, guna sos Prego yang dalam tin tu. Orang cakap rasa sos Prego dalam botol tidak umph dan sedikit masam. Walaupun begitu, terpulang kepada diri masing-masing ya.
Kredit: Nur Qaisara
Baca juga: Cara Lembutkan Kulit Popia Yang Kering, Jangan Buang Baru Tak Membazir!