Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jarang Jumpa Orang Buat, Popia Cendawan Enoki Rangup. Rasa Macam Sotong Tepung Pun Ada

Jarang Jumpa Orang Buat, Popia Cendawan Enoki Rangup. Rasa Macam Sotong Tepung Pun Ada

Kategori:
Popia Cendawan Enoki

Siapa di sini wajib ada popia untuk berbuka puasa ? Tak kiralah beli atau buat, rasanya tak sah berbuka kalau tak ada kuih yang rangup dan menyegarkan macam popia.

Apa kata hari ini anda cuba buat popia cendawan enoki pula ?

Resepi Popia Cendawan Enoki Rangup ini bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk anda yang mahu berjimat. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak mahal mana!

Pasti lebih berbaloi untuk anda nikmatinya bersama keluarga pada waktu berbuka puasa nanti.

Cara penyediaannya juga simple sangat kerana hanya perlu membalut cendawan enoki dengan kulit popia, salut dengan tepung ayam dan gorengkan sahaja.

Anak-anak pun suka sebab rangup macam keropok! Rasanya juga seakan-akan sotong celup tepung.

Jarang Jumpa Orang Buat, Popia Cendawan Enoki Rangup. Rasa Macam Sotong Tepung Pun Ada

Bahan-bahan:

  • Cendawan enoki
  • Kulit popia
  • Tepung ayam goreng segera

Cara-cara:

  1. Potong akar cendawan, leraikan dan basuh. Kemudian tos sehingga kering.
  2. Balut segenggam cendawan dengan kulit popia. Lekatkan dengan menggunakan air.
  3. Salut cendawan dengan tepung ayam goreng segera.
  4. Goreng sehingga perang keemasan.
  5. Siap untuk dinikmati!

Mudah saja rupanya cara buat popia cendawan enoki. Pastinya sedap bila dihidangkan panas-panas. Jadi, apa ditunggu lagi? Jom kita sajikan hidangan ini sewaktu berbuka nanti! Selamat mencuba!

Kredit: Cik Senja Cik

Baca juga: Resepi Kuah ‘Oden Viral’ Paling Sedap Kalah FamilyMart!

tags: | |