Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…

Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…

Kategori:
Puding Buah Kastard

Tiba-tiba tiada idea untuk ‘potluck’ untuk dibawa sempena jamuan di tempat kerja, pejabat, sekolah atau dimana-mana. Anda boleh cuba hasilkan sendiri di rumah, contohnya seperti kek, puding dan banyak lagi.

Ini adalah Resipi Puding Buah Kastard Homemade yang anda boleh buat sendiri sahaja di rumah dan dibawa ke majlis makan-makan.

Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…

Resipi Puding Buah Kastard ini dikongsikan oleh Mr. Ali yang menggunakan versi beliau sendiri. Dimuat naik  semula di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

Puding Buah Kastard

Bahan-Bahan:

  • 1 tin buah
  • 4 cawan air
  • 10 g agar agar serbuk (1 paket)
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan gula

Bancuhan Kastard:

  • 2 sudu makan tepung kastard
  • Setengah cawan air sejuk
  • Sebiji telur
  • Sedikit essen vanila
  • Sedikit garam

Cara Penyediaannya:

  1. Dalam Loyang 8 inci, susunkan separuh dari buah tin tadi dalam loyang dan sejukkan selama sejam.

Cara Penyediaan Bancuhan Kastard:

  1. 2 sudu makan tepung kastard + setengah cawan air sejuk + sebiji telur + sedikit garam, essen vanila
  2. Sebatikan dan ketepikan seketika

Dalam keadaan api tertutup:

  1. Masukkan 4 cawan air, 3/4 cawan gula, 1 paket agar-agar serbuk atau 10g, 1 tin susu cair, bancuhan kastard tadi
  2. Air buah yg ditapis dan tin buah . Masukkan air buah dulu..buah jangan masukkan lagi
  3. Hidupkan api perlahan
  4. Kacau sehingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit baru adunan mendidih. Bergantung atas tool yg digunakan
  5. Dah mendidih, matikan api dan masukkan buah tin. Kacau dalam 3 minit
  6. Tuang perlahan-lahan kedalam loyang
  7. Sejukkan semalaman atau sekurang kurangnya 7 jam keatas untuk mendapatkan potongan buah yang tak pecah
  8. Pakai pisau layangkan atas puding, jangan tekan pisau, layangkan atas puding sampai habis kebawah puding baru buah tak pecah.
  9. Lagi sedap kalau makan dengan kuah kastard

Puding Buah Kastard

Baru tengok gambar sahaja, dah terliur nak makan dengan musim panas ni. Bawa sebagai ‘potluck’, mesti kena puji dengan rakan sekerja!

Selamat Mencuba!

Kredit: Mr. Ali

Baca Juga: Jom Buat Puding Buah Kuah Kastard Pagi Hari Raya, Terus Hilang Rasa Dahaga & Hilang Craving

tags: | |