Hidangan rendang yang selalu dimasak biasanya menggunakan lauk ayam atau daging. Apa kata kita cuba kelainan buat rendang udang pula. Menariknya rendang udang ini bahannya mudah, cuma guna 4 bahan sahaja.
Cara penyediaan ini dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus. Menurutnya rendang udang empat bahan ini adalah resipi dari ibunya sendiri.
Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Udang Guna 4 Bahan Sahaja, Rasa lebih Berlemak & Sedap
Bahan-bahan:
- udang kertas
- 2 batang serai – dihiris & ditumbuk
- 2 inci kunyit hidup – ditumbuk
- cili padi – ikut pedas yang dikehendaki
- 1 biji kelapa parut – ambil pati santan sahaja
Cara Penyediaan:
- Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili padi dan serai. Kemudian masukkan semua ke dalam kuali.
- Perah kelapa parut tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja.
- Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau suka berkuah tak perlu masak hingga kering.
- Kecilkan api dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.
- Inilah hasilnya rendang udang sedap resipi bonda tercinta.
Siap sudah resipi Rendang Udang guna 4 bahan sahaja. Memang menarik untuk dicuba kan? Boleh lah buat dan masak nanti.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Norashikin Mohd Yunus
Baca juga: Nasi Goreng Budak Sekolah, Cuma Guna Telur Tapi Confirm Anak Suka. Sedap & Jimat Masa