Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Udang Guna 4 Bahan Sahaja, Rasa lebih Berlemak & Sedap

Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Udang Guna 4 Bahan Sahaja, Rasa lebih Berlemak & Sedap

Kategori: ,
resipi rendang udang

Hidangan rendang yang selalu dimasak biasanya menggunakan lauk ayam atau daging. Apa kata kita cuba kelainan buat rendang udang pula. Menariknya rendang udang ini bahannya mudah, cuma guna 4 bahan sahaja.

Cara penyediaan ini dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus. Menurutnya rendang udang empat bahan ini adalah resipi dari ibunya sendiri.

Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Udang Guna 4 Bahan Sahaja, Rasa lebih Berlemak & Sedap

Bahan-bahan:

  • udang kertas
  • 2 batang serai – dihiris & ditumbuk
  • 2 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • cili padi – ikut pedas yang dikehendaki
  • 1 biji kelapa parut – ambil pati santan sahaja

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili padi dan serai. Kemudian masukkan semua ke dalam kuali.
  2. Perah kelapa parut tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau suka berkuah tak perlu masak hingga kering.
  4. Kecilkan api dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.
  5. Inilah hasilnya rendang udang sedap resipi bonda tercinta.resipi rendang udang resipi rendang udang resipi rendang udang resipi rendang udang

Siap sudah resipi Rendang Udang guna 4 bahan sahaja. Memang menarik untuk dicuba kan? Boleh lah buat dan masak nanti.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Norashikin Mohd Yunus

Baca juga: Nasi Goreng Budak Sekolah, Cuma Guna Telur Tapi Confirm Anak Suka. Sedap & Jimat Masa

tags: | |