Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Sambal Picit Lejen, Rasa Ikan Kuah Masam Manis Memang Gamit Kenangan

Resipi Sambal Picit Lejen, Rasa Ikan Kuah Masam Manis Memang Gamit Kenangan

Kategori: ,

Ramai antara kita yang terpaksa keluar dari kampung untuk mencari rezeki kerana ingin tambah pendapatan. Mungkin dengan ‘skills’ yang mereka ada sekarang, tiada peluang kerja di kampung halaman sendiri.

Tapi, tipu pula bila kita beritahu tidak rindu akan masakan orang-orang kampung. Tambahan pula makanan yang dimasak sendiri oleh emak kita. Ini adalah antara salah satu resipi masakan kampung iaitu Resipi Sambal Picit yang boleh anda terkenang kembali saat dulu.

Resipi Sambal Picit Boleh Terkenang Rasa Kampung Halaman, Aroma & Kerinduan Gamit Kenangan Dulu

Resipi Sambal Picit ini dikongsikan oleh Dapur Kakzu dan dikongsikan semula di Facebook Group Shopee Check.

Sambal Picit

Bahan-Bahan:

  • Air asam jawa
  • Cili api
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Ikan Pelaling
  • Limau Nipis

Cara Penyediaannya:

  1. Tenyeh-tenyeh kan sahaja.
  2. Kalau suka masam, boleh tambahkan perahan limau nipis bergantung atas tekak anda.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus.
  4. Warna sambal picit ini bergantung pada jenis asam jawa dan belacan yang anda gunakan.
  5. Anda boleh tambah apa-apa ulam seperti bendi, terung dan sebagainya.

Sambal Picit

Sambal Picit ini dimakan bersama nasi panas, terus rasa nikmat dunia yang tak dapat diungkapkan. Sedapnya tak terkira dan boleh hancurkan ‘plan’ diet anda.

Selamat Mencuba!

Kredit: Dapur Kakzu

Baca Juga: Resepi Sambal Belacan Picit Yang Mudah, Makan Dengan Ikan Bakar & Ulaman Memang Padu Teruk!

tags: | |