Kerang adalah salah satu makanan laut yang digemari oleh rakyat Malaysia. Boleh dimasak pelbagai jenis contohnya steamboat, colek, rebus dan macam-macam lagi.
Ini adalah resipi sesuai untuk anda berbuka puasa iaitu resipi sambal tumis kerang yang pedas dan berapi. Boleh buat anda berpeluh!
Nak Makan Makanan ‘Seafood’ Untuk Iftar, Cuba Resipi Sambal Tumis Kerang Yang Pedas & Berapi. Boleh Buat Anda Berpeluh!
Resipi Sambal Tumis Kerang ini dikongsikan oleh Ana Nasuha di laman website beliau yang mengumpulkan pelbagai jenis resipi berbuka puasa.
Bahan-Bahan:
- 3-4 kg kerang
- 3 ulas bawang putih – ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar – ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar – dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan (jika suka) – kisar / tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air jika perlu.
Cara Penyediaannya:
- Kerang haruslah direbus terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja. Boleh buang kulit kerang.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
- Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
- Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
Sambal Tumis Kerang ini juga boleh dijadikan lauk makan bersama nasi lemak. Sedapnya! Selamat Mencuba!
Kredit: Ana Nasuha
Baca Juga: Pernah Makan Kerang Masak Lemak Cili Api? Hidangan Yang Sangat Menyelerakan. Ini Resepi Lengkapnya!