Pernah makan atau lihat ke tidak resepi yang jarang sekali dibuat orang ini iaitu Kerang Masak Lemak Cili Api. Biasa segala hidangan masak lemak cili api ini sangat sedap dan menyelerakan. Begitu juga dengan kerang ini. Tersangat jarang orang buat, mungkin anda boleh cuba sediakan hidangan ini. Memang tak menyesal punya.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Saidatul Humairah Aisyah ini. Katanya suami puji masakannya. Sedap sungguh katanya. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita cuba masak sekarang.
Cara Buat Kerang Masak Lemak Cili Api Yang Ringkas Namun Padu!
Bahan-bahan:
- Kerang yang sudah dibersihkan
- Bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili api)
- Serai diketuk
- Santan kotak
- Daun kunyit
- Garam/gula/cukup rasa
Cara Penyediaan:
- Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak bersama serai hingga naik bau.
- Masukkan kerang dan gaul-gaul sekejap.
- Kemudian masukkan santan dan air secukupnya untuk kuah.
- Biarkan sekejap. Agalk-agak dah nak masak masukkan garam, gula dan secukup rasa.
- Akhir sekali baru masukkan daun kunyit.
- Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Kerang Masak Lemak Cili Api ini? Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap dan menjadi. Lepas ni kalau tak tahu nak masak apa dengan kerang, bolehlah mencuba menu ini.
Selamat mencuba!
Kredit: Saidatul Humairah Aisyah