Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Kongsi Hidangan Ringkas Tapi Sedap, Ini Resipi Sardin Goreng Kering. Boleh Masak Lauk Ni Kalau Nak Cepat

Wanita Kongsi Hidangan Ringkas Tapi Sedap, Ini Resipi Sardin Goreng Kering. Boleh Masak Lauk Ni Kalau Nak Cepat

Kategori: ,
Sardin Goreng Kering

Kebiasaannya, kita memasak lauk ikan sardin di dalam tin dengan cara masak hidangan sambal ataupun gulai. Untuk kali ini, jom kita buat kelainan sedikit dengan  hidangan Sardin Goreng Kering.

Perkongsian daripada Siti Khadijah Abdul Razak ini memang memikat hati semua. Lauk ini diajar oleh arwah ibunya. Cukup mudah tapi sedapnya tak terkata. Lauk sedap kenalah kongsi. Ini cara penyediaannya.

Hidangan Ringkas Tapi Sedap, Ini Resipi Sardin Goreng Kering. Boleh Masak Lauk Ni Kalau Nak Cepat

Cara Penyediaan:

  1. Masukkkan semua sardin tin dalam kuali, sekali dengan kuahnya.
  2. Panaskan dan goreng. Biarkan saja sardin dalam kuali tapi jangan kerap sangat kacau.
  3. Isi ikan pun jangan hancir, ikan ini akan hancur sendiri bila kita kikis kerak dari kuah sardin.
  4. Nampak macam dah kering, kuah pun dah tiada. Kikis kuali dan ambil kerak kuah sardin. Itulah yang sedap.
  5. Kemudian boleh masukkan bawang dan cili api yang dihiris ikut cita rasa.
  6. Gaul semuanya supaya sekata, kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa ikut citarasa.
  7. Bila dah elok rasanya boleh tutup api dan masuk dalam pinggan. Makan dengan lauk telur mata yang kuningnya cair bersama nasi panas.Sardin Goreng Kering

Dah siap kita punya hidangan Sardin Goreng Kering enak ini. Sangat sesuai jika korang inginkan makanan yang ringkas tapi sedap rasanya. Makan dengan kicap pun sedap. Anak-anak pasti suka.

Selamat mencuba semuanya. Semoga anda semua dapat manfaat dan selamat menikmati!

Sumber: Siti Khadijah Abdul Razak

Baca juga: Jom Cuba Hidangan Lauk Lejen, Resipi Asam Rebus Ikan Kembung Memang Nikmat Tak Terkata

tags: | |