Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Simple Ubi Manis Ungu, Tekstur Lembut Rasa Lemak Manis. Makan Dengan Teh O Panas Memang Ngam!

Resipi Simple Ubi Manis Ungu, Tekstur Lembut Rasa Lemak Manis. Makan Dengan Teh O Panas Memang Ngam!

Kategori: ,
ubi manis ungu

Bagi mereka yang sukakan resipi ringkas dan menarik, perkongsian ini sememangnya untuk anda. Pasti kadang-kadang kita buntu untuk cari resipi buat moreh atau hidangan raya kan.

Jadi, kali ini kami kongsikan kuih yang sedap tak terkata! Tekstur lembut dan rasa lemak manisnya memang memikat hati yang memakannya.

Jom ikuti resipi ubi manis ungu yang dikongsikan oleh Linda Safar ini.

Resipi Simple Ubi Manis Ungu, Tekstur Lembut Rasa Lemak Manis. Makan Dengan Teh O Panas Memang Ngam!

ubi manis ungu

Bahan-Bahan:

  • 250 gram ubi manis ungu
  • 50ml susu
  • 60 gram tepung pulut  (wajib guna tepung pulut baru jadi)
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Ubi kukus + gula + garam. Lenyekkan hingga hancur.
  2. Masukkan tepung pulut, uli sambil tuang susu sedikit demi sedikit.
  3. Uli hingga menjadi doh dan betukkan bulat-bulat.
  4. Air fryer 145 darjah celcius dalam masa 15 minit, terbalikkan separuh masa.
  5. Siap dan boleh dihidang!

ubi manis ungu ubi manis ungu ubi manis ungu

Haaa senang kan nak buat ubi manis ungu ni. Makan panas-panas pekena dengan teh o memang ngam! Sedap tak terkata. Korang try lah nanti di rumah.

Semoga perkongsian kuih ubi manis ungu ini bermanfaat buat semua. Selamat membuat dan menikmati.

Sumber: Linda Safar

Baca juga: Resipi Kek Cheese Gebu Lembut Guna 3 Bahan Sahaja! Sesuai Jadi Hidangan Raya Makan Bersama Keluarga & Sanak Saudara

tags: | | |