Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Menu Viral Dari Negara China, Chef Ini Kongsi Resipi Soo Hoon Pedas Gerenti Sedap!

Jom Cuba Menu Viral Dari Negara China, Chef Ini Kongsi Resipi Soo Hoon Pedas Gerenti Sedap!

Kategori: ,
soo hoon pedas

Jangan keliru antara bihun dengan soo hoon tau! Soo hoon adalah sejenis mi halus yang diperbuat daripada kanji. Kebiasaannya, soo hoon akan diletakkan dalam hidangan sayur air ataupun digoreng dan dihidang bersama menu soto.

Walaupun soo hoon tidak menonjol seperti bihun tetapi percayalah soo hoon juga ada peminat tersendiri! Antaranya mestilah yang sedang baca artikel ni.

Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita cuba menu viral yang dikongsikan oleh Chef Dave. Katanya hidangan ini terkenal di China. Kenapa agaknya ya?

Viral Di China, Chef Ini Kongsi Resipi Soo Hoon Pedas Gerenti Sedap!

Bahan-bahan:

  • Soo hoon
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Daun bawang
  • Chili powder
  • Bijan
  • Kicap
  • Cuka hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Carrot
  • Timun
  • Ketumbar
  • Kacang tumbuk

Cara Penyediaan:

  1. Rendam soo hoon, kemudian celur dalam air panas.
  2. Biarkan soo hoon dalam air sejuk seketika.
  3. Seterusnya untuk sos, satukan bawang putih yang dicincang, cili padi dipotong kecil, hirisan daun bawang, chili powder dan bijan dalam satu mangkuk.soo hoon pedas
  4. Tuang minyak panas ke dalam mangkuk sos tadi. Masukkan kicap, cuka hitam, garam, serbuk perasa, gula dan kacau sehingga kesemuanya sebati.soo hoon pedas
  5. Toskan soo hoon dan letakkan dalam satu mangkuk besar. Masukkan carrot, timun, ketumbar, kacang tumbuk ke dalam mangkuk soo hoon.soo hoon pedas
  6. Tuang sos ke dalam mangkuk berisi soo hoon dan sayuran.
  7. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dimakan!

 

@chefdaveveganjourney

Soo Hoon Pedas Viral (Makanan Viral di China) – Chef Dave #chefdaveveganjourney #masakanvegan #veganstyle Resipi penuh ada di instagram saya 👌 . JANGAN LUPA LIKE,COMMENT AND SHARE! 😊

♬ original sound – ChefDave VeganJourney – ChefDave VeganJourney

@chefdaveveganjourney Soo Hoon Pedas Viral (Makanan Viral di China) – Chef Dave #chefdaveveganjourney #masakanvegan #veganstyle ♬ original sound – ChefDave VeganJourney

Haa senang bukan? Jadi lepasni bukan setakat guna soo hoon untuk masak sayur air je tetapi upgrade kepada menu yang lebih special.

Tengok pun dah kecur air liur! Cuba tau!

Sumber: ChefDave VeganJourney

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Cili Kering Zaman Dulu, Hidangan Lejen Yang Sedap!

tags: |