Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Chicken, Rasanya Memang Padu & Tak Muak!

Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Chicken, Rasanya Memang Padu & Tak Muak!

Kategori:
Spicy Buttermilk Chicken

Sebelum ini kita hanya biasa mendengar ayam buttermilk yang kurang pedas sahaja kan? Apa kata jom cuba masak Spicy Buttermilk Chicken pula. Rasanya pasti tidak mengecewakan, lagi-lagi buat peminat pedas. Selamat mencuba!

Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Chicken, Rasanya Memang Padu & Tak Muak!

Bahan-bahan:

  • Ayam dada
  • Tepung bestari spicy + serbuk cili
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Susu cair
  • Serbuk hilal (jika tiada, guna garam gula secukup rasa)
  • Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara:

  1. Celup ayam bestari ke dalam campuran tepung bestari spicy, serbuk cili dan air.
  2. Kemudian celup ke dalam tepung bestari spicy kering (tanpa air).
  3. Goreng ayam sehingga keperangan.
  4. Untuk kuah, cairkan butter.
  5. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Lebihkan daun kari dan cili padi.
  6. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung.
  7. Lebihkan cili padi untuk lebihkan pedas.
  8. Selamat mencuba.

Kredit: ASH (FoodHunter) @Ashril_92

tags: