Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Best Buat Sup Mamak Pekat, Makan Dengan Nasi Boleh, Dengan Roti Pun Boleh!

Cara Paling Best Buat Sup Mamak Pekat, Makan Dengan Nasi Boleh, Dengan Roti Pun Boleh!

Kategori: ,,
Sup Mamak

Keunikan sup Mamak sememangnya datang dari kepekatan kuahnya yang padu dan sedap. Cicah dengan roti benggali memang buat selera terangkat. Nak makan dengan nasi pun boleh.

Makan pula panas-panas, memang mantap. Nak cuba buat sendiri di rumah pun boleh, jom ikut cara masak Sup Mamak pekat yang sedap ni. Ia dikongsi oleh Emee Sham.

Cara Paling Best Buat Sup Mamak Pekat, Makan Dengan Nasi Boleh, Dengan Roti Pun Boleh!Sup Mamak Pekat

Bahan-Bahan:

  • ayam kampung – potong 4 bahagian
  • rempah 4 sekawan
  • 4 paket kecil rempah sup (serbuk)
  • 1/2 paket rempah kurma (serbuk)
  • 1 biji tomato
  • 1 biji limau nipis
  • daun sup, daun bawang, bawang goreng untuk hiasan

Bahan Kisar:

  • 5 biji bawang besar
  • 8 ulas baawnag putih
  • cili api merah
  • halia

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ayam kampung bersama rempah 4 sekawan. Nak guna daging lembu atau kaambing pun boleh ya.
  2. Bila dah mendidih masukkan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan mereneh.
  3. Seterusnya masukkan rempah sup dan rempah kurma. Kacau rata gunakan api sederhana.
  4. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan biarkan mereneh lagi. Perasaakan dengan garam dan boleh teruskan dengan masukkan bawang goreng ni.
  5. Keluarkan ayam yang dah masak empuk tadi dan tos. Tinggalkan sup saja dalam periuk, lalu perah limau nipis.
  6. Bila kepekatan sup dah cantik, rasa dah okay bolehlah tutup api.
  7. Untuk hidang, potong kecil ayam tadi, masukkan dalaam mangkuk dan tuang sup. Boleh taabur dengan bahan hiasan.

Tip: Boleh juga masukkan lobak merah ketika merebus sup, biar lobak hancur untuk memekatkan sup.  Selain itu sup yang pekat adalah hasi; dari bawang besar yang dikisar dan rempah yang digunakan.

Sup Mamak Pekat

Dah siap Sup Mamak pekat kita. Bolehlah cuba buat di rumah tau. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Emee Sham

Baca juga: Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

tags: |