Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

Kategori: ,

Rendang Ayam merupakan salah satu sajian bersantan yang sangat enak dan menyelerakan. Terdapat pelbagai jenis rendang, antaranya Rendang Ayam, Rendang Daging, Rendang Itik dan Rendang Kerang. Makanan ini akan menjadi sajian utama kebanyakan rakyat Malaysia ketika hari raya tiba.

Kebiasaannya Rendang Ayam akan dimakan bersama-sama dengan lemang, ketupat ataupun pulut kuning. Walaupun sajian ini sebenarnya berasal dari Indonesia namun ia tetap menjadi pilihan ramai dari negara luar, Malaysia khususnya.

Namun tahukah anda macam mana rupa dan tesktur rendang yang enak dan lazat? Pastinya rendang yang pekat melekat. Apabila dimakan bersama-sama dekat ketupat, lemang atau pun memang teramat sedap. Untuk membuat rendang ayam yang pekat melekat, jom ikuti tips masak rendang ayam dari Cik Eyta di bawah ini. 

Tips Masak Rendang Ayam Pekat Melekat, Sampai Terpikat Hati Bakal Mak Mentua

Atas permintaan.

Kita repost Resepi Rondang Ayam Buek Raso Raso.

Tips masak rendang yang pekat melekat sampai terpikat hati bakal mak mertua.

Ayam tu kena la cukup umur. Kalau ayam dara tang ting tung lagi lemak manish rasanya. Jangan pakai ayam pencen tercabut gigi mertua.

Bahan rencah jangan tangkai jering kedekut biar banyak bawang merah baru sedap dan lambat basi.

Masak kena lama kacau sentiasa perlahan lahan sampai la pecah minyak sendiri.

Dan untuk sukatan garam jangan kau buh sekali memang masin lama lama kena darah tinggi.

Buh sikit sikit buek raso raso garam pada ayam serap molek. Dah makin kering kuah baru perasakan balik garam dan perasa.

Paling penting selawat jangan lupa. Walau kau membebel tapi biar banyak selawat dari banyak bebel.

Barulah berkat air tangan tok laki makan sampai terbayang bayang muka bini sendiri bukan bini orang lain.

Cara masak ada di setiap helaian gambar.

Tq sudi baca bebel Cik Eyta. Dah baca sila share jangan malas lanje like.

Lain kali malas nak kongsi resepi lagi.

Resepi Rendang Ayam Pekat Melekat

Bahan Kisar: 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada kering
  • Cili padi
  • Serai
  • Lengkuas
  • Kunyit

*Sukatan korang kira la sendiri kat piring tu. Agak agak gitulah untuk makan damai berdua lepas gadoh dengan Tok Laki.

  • Ayam Dara
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula melakau
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit – hiris halus

Cara Penyediaan: 

  1. Gebu betholl ayam dara tu. Yewlah belum ada tanggungjwb sempat la nak jaga badan biar gebusss. Masukkan ayam dan bahan kisar hingga kering air ayam. 
  2. Masukkan santan, garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Jangan banyakkk sangat garam kang makin kering makin masin. Kang kata Tok Laki masak masin macam nak kawen lain. Ahh balerrrr. 
  3. Dah hampir kering masukkan daun limau purut, hirisan daun kunyit, gula melaka dan kerisik. Rendang yang sedap hendaklah dimasak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan dan penuh kasih sayang. 
  4. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Rendang Ayam yang pekat melekat ini? Ikuti sahaja tips masak Rendang Ayam ini. Jadi jom lah kita cuba buat, boleh cuba dulu sebelum buat untuk hari raya nanti. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Kredit: Cik Eyta via MAHN

Baca juga: Nak Buat Roti Boy Yang Lembut & Berlemak? Jom Ikuti Teknik Mudah Ini

tags: |